Langkau ke kandungan utama

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 9/2024 telah diadakan pada 14 November 2024 di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak.

Mesyuarat telah dimulakan dengan Taklimat Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Sarawak oleh YA Tuan Dean Wayne Daly, Hakim Mahkamah Tinggi Miri, Sarawak serta Taklimat Statistik Mahkamah Rendah Negeri Sarawak oleh Tuan Steve Ritikos, Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak.

Pada waktu petang, Anggota Suruhanjaya telah dibawa ke Borneo Cultures Museum untuk lawatan kerja yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara lebih mendalam kepada anggota suruhanjaya mengenai budaya, sejarah dan tradisi kehidupan di negeri Sarawak.

Peta Lokasi

Recent Posts