Objektif
Program Appellate Judges' Retreat ini adalah untuk memperkukuh profesionalisme dan integriti kehakiman di peringkat tertinggi serta menggalakkan pertukaran pandangan, pemikiran kritis, dan semangat kebersamaan dalam kalangan para hakim melalui sesi perbincangan ilmiah dan aktiviti jalinan hubungan yang santai dan bermakna.
Latar belakang
Program ini merupakan program yang direka khas untuk Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan. Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh YA Dato’ Nordin bin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Penceramah utama program ini ialah YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Persekutuan, Professor Dr. Joseph Sadek, Profesor Psikiatri di Universiti Dalhousie dan YBrs. Dr. Mohamad Hasni bin Sha’ari, Pengarah Jabatan Dasar Monetari, Bank Negara Malaysia.
Ucapan penutup khas disampaikan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.
Topik program
Program ini membincangkan tentang topik utama yang melibatkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh hakim-hakim mahkamah atasan dalam melaksanakan tugas serta terdapat pertukaran pandangan di setiap sesi perbincangan. Terdapat 3 topik yang dibentangkan semasa program:
- Judicial Wellness
- Stare Decisis and Over-Rulling at the Appellate Level by Court of Appeal and Federal Court
- Global and Domestic Economic Policy Challenges and Imperatives.
Modul/Format
Program ini bertempat di Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Program ini merupakan program yang direka khas untuk Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.
Program ini terdiri daripada 37 orang peserta, dan ianya turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Besar Malaya dan YAA Tan Sri Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Penceramah utama program ini ialah YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Persekutuan, dengan topiknya iaitu Stare Decisis and Over-Rulling at the Appellate Level by Court of Appeal and Federal Court, seterusnya Professor Dr. Joseph Sadek, Profesor Psikiatri di Universiti Dalhousie membincangkan topik tentang Judicial Wellness dan YBrs. Dr. Mohamad Hasni bin Sha’ari, Pengarah Jabatan Dasar Monetari, Bank Negara Malaysia, memberikan penerangan berkaitan dengan topik Global and Domestic Economic Policy Challenges and Imperatives.
Penyertaan
Jumlah Peserta ialah 37 orang Hakim (10 dari Mahkamah Persekutuan dan 27 Mahkamah Rayuan)
Lokasi
Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang