Langkau ke kandungan utama
-

Workshop on Implementing the International Framework for Court Excellence telah diadakan pada 6-8 September 2012 di Putrajaya. Ia dilaksanakan secara berturutan untuk dua kumpulan dengan modul yang sama iaitu pada 6-7 September 2012 (Khamis-Jumaat) bagi Kumpulan Pertama dan 7-8 September 2012 (Jumaat-Sabtu) bagi Kumpulan Kedua.

Dua orang fasilitator yang telah mengendalikan bengkel ini adalah Hakim Robert J. Torres Jr., Hakim Mahkamah Agong Guam dan Encik Daniel J. Hall, Naib Presiden bagi Perkhidmatan Perunding Mahkamah, Pusat Kebangsaan Mahkamah Amerika Syarikat. 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan mahkamah di setiap peringkat dengan menimba pengalaman dan perspektif antara badan kehakiman negara ini dengan konsortium antarabangsa. Ia berdasarkan rangka kerja yang telah dibangunkan oleh National Center for State Court (NCSC), Amerika Syarikat terhadap nilai-nilai (values), bidang-bidang kecemerlangan (areas of excellence), pengukuran prestasi (performance measures) dan penambahbaikan kualiti secara berterusan (continuous quality improvement). 

Seramai 67 orang peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Pendaftar Mahkamah dan Pengarah Mahkamah Negeri telah menghadiri kursus ini, iaitu 37 orang peserta bagi Kumpulan Pertama dan 30 orang peserta bagi Kumpulan Kedua. 

* No English Translation

Peta Lokasi

Recent Posts