PEJABAT SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN
KENYATAAN MEDIA
PELANTIKAN ANGGOTA
SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN BAGI TEMPOH
1 NOVEMBER 2024 HINGGA 31 OKTOBER 2026
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar bin Ibrahim telah melantik YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, mantan Peguam Negara; YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Ali, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, YBhg. Dato Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid, mantan Peguam Besar Negeri Sarawak dan YBrs. Profesor Madya Dr. Hartini binti Saripan, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].
Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2026 bagi menggantikan YABhg. Tun Md Raus bin Sharif, YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar, YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready dan YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz yang telah tamat lantikan mereka pada 3 September 2024.
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan YABhg. Tun Md Raus bin Sharif, YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar, YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready dan YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz semasa tempoh mereka menjadi anggota Suruhanjaya ini.
Pejabat Setiausaha
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
18 November 2024