Seksyen 31 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] menghendaki Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman menyediakan 1 laporan tahunan mengenai aktivitinya pada setiap tahun. Laporan tahunan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Parlimen. Selaras dengan peruntukan tersebut, Laporan Tahunan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Tahun 2023 ini disediakan.
Laporan ini dibahagikan kepada 5 bab utama iaitu:
- LATAR BELAKANG - menerangkan sejarah penubuhan, peranan dan keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
- PEMILIHAN DAN PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH ATASAN - menjelaskan proses pemilihan dan pelantikan hakim Mahkamah Atasan di pelbagai peringkat iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi berdasarkan Akta 695.
- URUS SETIA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN - menerangkan peranan dan fungsi Urus Setia Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan melaporkan peruntukan kewangan yang diluluskan bagi tahun 2023.
- MESYUARAT - memaklumkan mesyuarat-mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta 695 iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Mesyuarat Pemilihan dan Program Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
- AKADEMI KEHAKIMAN - melaporkan program-program latihan dan aktiviti penerbitan yang dilaksanakan pada tahun 2023.
Tahun