Langkau ke kandungan utama

Sejarah Penubuhan

Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Mahkamah Agung telah ditubuhkan dan terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Agung kemudiannya telah digantikan dengan Mahkamah Persekutuan dan tiga Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Singapura dan Mahkamah Tinggi Borneo. Pada tahun 1965, Mahkamah Tinggi hanya terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.

Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah serta Sarawak masing-masing dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah masing-masing. Kemudian, gelaran tersebut ditukarkan kepada Hakim Besar menerusi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Pada mulanya, Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada Ketua Hakim (sekarang Hakim Besar Malaya) dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 dan tidak lebih daripada 12 orang Hakim Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pula terdiri daripada Ketua Hakim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak) dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 dan tidak lebih daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi.

Mengikut peruntukan Perkara 122AA Perlembagaan Persekutuan, bilangan maksimum terkini bagi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya ialah 60 manakala Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ialah 13.

KANDUNGAN BERKAITAN
YA Dato' Akhtar bin Tahir
YA Dato` Rozana binti Ali Yusoff
YA Dato' Abu Bakar bin Katar
YA Puan Hayatul Akmal binti Abdul Aziz
YA Tuan Dean Wayne Daly
YA Datuk Celestina Stuel Galid
YA Dato` Abdul Wahab bin Mohamed
YA Dato' Hassan bin Abdul Ghani
YA Dato' Chan Jit Li
YA Dato' Muhammad Jamil bin Hussin
YA Dato` Khadijah binti Idris
YA Dato' Azmi bin Abdullah
YA Dato’ Rohani binti Ismail
YA Datuk Anselm Charles Fernandis
YA Dato' Mohd Radzi bin Harun
YA Dato' Hajah Aliza binti Sulaiman
YA Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid
YA Datuk Dr. Lim Hock Leng
YA Dato' Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh
YA Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar

Recent Posts