PEJABAT SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN
KENYATAAN MEDIA
PELANTIKAN ANGGOTA
SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN BAGI TEMPOH
4 SEPTEMBER 2020 HINGGA 3 SEPTEMBER 2022
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin telah bersetuju melantik YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar; mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham; mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, YBhg. Datuk Stephen Chung Hian Guan; mantan Hakim Mahkamah Rayuan dan YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Dato’ Haji Sabaruddin, Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695]. Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 4 September 2020 hingga 3 September 2022 bagi menggantikan YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus, YBhg. Datuk Linton Albert, YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi yang telah tamat perkhidmatan mereka pada 3 September 2020.
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus, YBhg. Datuk Linton Albert, YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi semasa tempoh mereka menjadi anggota Suruhanjaya ini.
Pejabat Setiausaha
Suruhanjaya Pelantikan