Jumaat, 26 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Kursus ’Judgment Writing’ telah diadakan pada 19-20 Mei 2017 di Istana Kehakiman, Putrajaya. Ini merupakan modul baharu yang julung kali diadakan melalui pendekatan yang berbeza dengan kursus ‘Judge Craft and Judgment Writing’ yang telah diadakan sebelum ini. Kursus ini merupakan kursus kelima yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman tahun 2017 selepas kursus-kursus ‘Induction Programme for Judicial Commissioners’ pada 20-27 Mac 2017, ‘How to Deal with Cases Under Section 302 of the Penal Code’ pada 31 Mac-1 April 2017, ‘Damages’ pada 7-8 April 2017 dan ‘Case Management in Civil Cases’ pada 12-13 Mei 2017.

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu peserta kursus mengembangkan dan meningkatkan kemahiran kehakiman dan teknik-teknik yang berkaitan dengan penulisan alasan penghakiman. Fasilitator-fasilitator kursus terdiri daripada 4 orang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, YA Dato’ Wira Aziah binti Ali dan YA Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha. Kursus ini turut dihadiri YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 18 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 5 orang Pesuruhjaya Kehakiman.

Kursus ini mengandungi ceramah-ceramah daripada fasilitator-fasilitator, kajian kes dan bengkel penulisan alasan penghakiman yang berkualiti. Tajuk-tajuk ceramah yang telah disampaikan adalah ‘Judgment Writing: Importance of Language’, ‘The Structure of the Judgment’ dan ‘The Art of Writing Judgment’.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1003 | Semalam 1741 | Mingguan 5928 | Bulanan 28311 | Semua 4385291