Jumaat, 30 Julai 2021
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Yang Amat Arif Tan Sri Rohana binti Yusuf

YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf
Presiden Mahkamah Rayuan
PSM, SPSK, DPSK

Yang Amat Arif Tan Sri Rohana binti Yusuf dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 09 Mei 1956. Yang Amat Arif Tan Sri lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1980, Diploma Undang-Undang dan Amalan Guaman Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1992, dan Master of Comparative Laws (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993.

Yang Amat Arif Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1980 sebagai Penolong Penggubal, Undang-Undang (Parlimen) di Jabatan Peguam Negara, dan kemudian pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Kementerian Pertahanan, dan seterusnya pada tahun 1986 sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara. Kemudiaan Yang Amat Arif Tan Sri memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tan Sri telah bersara secara pilihan dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas 18 tahun berkhidmat.

Yang Amat Arif Tan Sri mula memasuki sektor swasta pada tahun 1997 sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat, di Kumpulan UCM Industrial Corporation Berhad, dan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat di International Bank Malaysia Berhad.

Yang Amat Arif Tan Sri juga pernah mengamal undang-undang sebagai Rakan Kongsi di Tetuan GH Tee & Co pada tahun 2000. Sebelum menyertai Badan Kehakiman, Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Perbankan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 hingga 2005.

Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 1 September 2005 dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pada 11 April 2007.

Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 08 Januari 2013 dan pada 27 April 2018, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 25 November 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik untuk menjalankan Kuasa-kuasa dan Tugas-tugas Presiden Mahkamah Rayuan dan pada 5 Disember 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tan Sri telah dikurniakan dengan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Yang Amat Arif Tan Sri dikurniakan 2 orang cahaya mata, Nor Alina binti Azmi dan Mohamad Rizal bin Azmi.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Khamis 29 Julai 2021.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fak     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Hari Ini 373 | Semalam 677 | Mingguan 3294 | Bulanan 15861 | Semua 3417054