Pemohon mestilah mematuhi syarat-syarat berikut iaitu:
- Seorang warganegara Malaysia;
- Dalam masa sebelum 10 tahun pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, ia telah menjadi peguam bela bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atau mana-mana satu daripada mahkamah itu ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Persekutuan atau perkhidmatan undang-undang sesuatu Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam bela dan pada masa satu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri;
- Permohonan bagi jawatan Pesuruhjaya Kehakiman boleh dimohon melalui sistem ejc.jac.gov.my; dan
- Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh emel kepada setiausaha@jac..gov.my atau hubungi talian 03-8880 3546.
Pemohon mestilah memastikan maklumat yang dihantar adalah benar dan tepat. Kegagalan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.