Sabtu, 27 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Program “Dialogue Session between the Honourable Society of the Middle Temple and Malaysian Judiciary” telah diadakan pada 21 September 2013 (Sabtu) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Ia merupakan program anjuran bersama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk membolehkan Badan Kehakiman negara ini dan pihak Middle Temple bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa permasalahan dan isu yang dihadapi oleh badan kehakiman kedua-dua buah negara.

Delegasi Middle Temple terdiri daripada 32 orang ahli yang diketuai oleh Master Treasurer Mr. Christopher Symons QC. Antara ahli-ahli yang turut hadir adalah Lord Chief Justice of England and Wales - Lord Sir Igor Judge, Lord Justice of the Court of Appeal – Mr. Christopher Clarke dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi England dan Wales. Dari pihak Badan Kehakiman Malaysia pula, ia dihadiri oleh 66 hakim/pesuruhjaya kehakiman yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman di sekitar Lembah Klang.

Program dialog ini dimulai dengan ucapan aluan daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya dan disusuli dengan penerangan mengenai gambaran umum (overview) sejarah undang-undang dan Badan Kehakiman Malaysia oleh YA Puan Nallini Pathmanathan – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu, program dialog ini mendengar pula pandangan dari Badan Kehakiman England dan Wales yang membincangkan perkara-perkara seperti berikut;

(i) The Relationship between Judiciary and Press oleh Lord Sir Igor Judge, Lord Chief Justice of England and Wales;

(ii) Judicial Life - Trials and Tribulations oleh Mr. Christopher Clarke, Lord Justice of the Court of Appeal; dan

(iii) Challenges Facing the Judiciary Today oleh Sir Paul Jenkins KCB QC, Treasury Solicitor.

Ia kemudian disusuli pula oleh Badan Kehakiman Malaysia yang diwakili oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum - Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan YA Dato’ Mohamad Ariff bin Md. Yusoff – Hakim Mahkamah Rayuan yang memberi pandangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan badan kehakiman Malaysia. Program selesai pada jam 1.00 petang selepas sesi soal jawab.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1027 | Semalam 2910 | Mingguan 8862 | Bulanan 31245 | Semua 4388225