Langkau ke kandungan utama

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 8/2024 telah diadakan pada 28 Ogos 2024 di Ipoh, Perak.

Antara agenda mesyuarat tersebut adalah Pembentangan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Perak yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Osman, Pengarah Mahkamah Negeri Perak serta Pembentangan Statistik Mahkamah Tinggi Perak yang disampaikan oleh YA Dato’ Abdul Wahab bin Mohamed, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak.

Di samping itu, lawatan kerja Anggota Suruhanjaya ke Galeri Rumah Lat turut diadakan. Lawatan tersebut diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Anggota Suruhanjaya terhadap keunikan lukisan-lukisan Dato’ Lat yang terkenal yang menjadi salah satu daya tarikan pelancong di negeri Perak.

Peta Lokasi

Recent Posts